Wednesday 31 October 2012

Kelebihan Sugi(Siwak) Dari Segi Islam dan Sains

Sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kayu Sugi saya =)

Perkataan siwak dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab, saka yang bermaksud membersihkan gigi. Selain perkataan siwak, perkataan miswak juga digunakan bagi membawa maksud yang sama. Manakala dalam bahasa Inggeris, perkataan siwak diterjemahkan sebagai chewing stick.




Imam al-Sun‘ani dan Imam al-Nawawi menyatakan bahawa siwak ialah penggunaan sebatang kayu atau yang sejenis dengannya pada gigi untuk menghilangkan kekuningan (sisa makanan yang terlekat pada gigi)

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa  siwak dapat 

  • membersihkan mulut, 
  • mendapat reda Allah
  • memutihkan gigi, 
  • mengelokkan ketawa, 
  • menguatkan tulang belakang, 
  • menuatkan gusi, 
  • melambatkan tua (uban), 
  • mengelokkan akhlak, 
  • menajamkan kebijaksanaan, 
  • menambah pahala, 
  • memudahkan nazak, 
  • mengingatkan syahadah ketika hampir mati.
Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan  siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan 
ketawa.

Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu  siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar. 

Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.


Diringkaskan, kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:
  1. Membersihkan mulut.
  2. Mendapat keredhaan Allah.
  3. Tidak disukai syaitan.
  4. Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
  5. Mengharumkan mulut.
  6. Menguatkan gusi.
  7. Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
  8. menghilangkan kahak.
  9. Menguatkan pandangan mata dan
  10. Menghilangkan bau busuk mulut.
Kalau nak tau, inilah pokok Sugi =)

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT SAINS

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
Selain itu, kelebihan - kelebihan bersugi dari sudut Sains:
  • Penggunaan  kayu sugi mampu mengurangkan kadar bakteria berbanding penggunaan berus gigi
  • Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi
  • Mempunyai Antibakteria asid yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi
  • Mempunyai Minyak aroma yang memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.
  • Mengandungi Enzim yang mencegah pembentukan plak yang menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi secara pramatang.
  • Mengandungi Antidecay agent (zat anti pembusukan) yang menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah proses pembusukan.
  • Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia. Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga ekonomik dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa. Ia adalah berus gigi yang ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan sebarang jenis berus gigi ciptaan manusia.
“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)










9 comments:

Unknown said...

MashaAllah

Unknown said...

Semoga sama2 amal dan sampaikan.insyaAllah

Marini Collection's said...

Subhanallah infomasi yg sgt bermanfaat. Jazakallah atas penulisan ini.👍🤲

Unknown said...

Sama2 kita amalkan sunnah nabi.

Unknown said...

Masha Allah....
Jom mulakan. ..

IslamItuSyumul said...

Alhamdulillah, pertama kali menggunakan siwak, masyaAllah speechless saya.. Terima kasih juga kepada author blog ini, berkongsi maklumat yang sangat berguna kepada semua, sesungguhnya apa yang diciptakan Allah swt itu yang terbaik, cuma kita aja yang tidak yakin. Islam itu SYUMUL, diberikan guidelines dari perkara yang sekecil²nya sampai ke sebesar²nya, tepuk dada tanya iman. Take care dear author dan semua saudara semuslim ku.

Anayah said...

Subhanallah ..tak cuba tak tahu!

Aminah Ahmad said...

Allhu Akbar! Setelah mengguna siwak baru sedar kehebatan nya, Alhamdulillah .

dieman said...

terbaik

Post a Comment